21 mangsa dipindahkan ke PPS di Kubang Pasu

Iklan
PPS dibuka di SMK Changlun pada jam 9 malam pada Isnin. Foto: APM Kedah

JITRA - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu pada malam Isnin susulan hujan melebihi lapan jam di daerah ini menyebabkan beberapa kawasan telah dinaiki air.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata, PPS tersebut dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun pada jam 9 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 21 orang mangsa dari enam keluarga telah dipindahkan ke PPS tersebut dengan bantuan anggota APM Daerah Kubang Pasu.

"Mangsa dari Kampung Nangmah dan Kampung Paya Nong Mi telah dinasihatkan untuk mengambil dokumen penting dan terus dipindahkan dengan menggunakan aset APM,” katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Iklan

Muhammad Suhaimi berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian bencana banjir pada daripada penghulu pada jam 8 malam sebelum tindakan segera penghantaraan anggota digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, anggota APM kini sedang melakukan pemantauan berikutan masih hujan dan air sungai juga dilihat semakin meningkat.

Iklan