SHAH ALAM - Dua jawatan tertinggi Pas iaitu presiden dan timbalan presiden dijangka tidak dipertandingkan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.
Penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, jangkaan itu dibuat mengambil kira sokongan kuat diberikan akar umbi terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.