MANILA - Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan selatan Filipina pada Selasa, lapor Xinhua.
Gempa bumi yang berlaku pada jam 9:39 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 122 kilometer (km), kira-kira 434 km tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.