KUCHING - Keadaan banjir di kawasan Limbang di bahagian utara Sarawak sejak Sabtu lalu pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Serbaguna Buluh Balui ditutup jam 9 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan lapan mangsa banjir daripada tiga keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.