Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan - CFOS

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan bagi memastikan intervensi boleh dilaksanakan lebih awal sebelum tahap kritikal.

Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata, kelemahan indikator keterjaminan makanan nasional ini telah menyebabkan masalah yang sama terus berulang.

Iklan
Iklan

"Bagi pandangan saya, masalah ini berpunca daripada kementerian atau agensi yang terbabit. Sebab, indikator keterjaminan makanan nasional sepatutnya ada sistem amaran.

"Kalau kita boleh agak beras akan berkurangan, mereka sudah awal lagi bertindak. Tetapi apa yang berlaku sekarang, apabila terjadi kekurangan bekalan, baru sibuk di sana-sini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Jelasnya, sistem amaran ini bukan semata-mata terhad kepada bekalan beras. Sebaliknya, perlu diaplikasikan bagi memantau bekalan telur, ayam, gula, tepung dan lain-lain.

Iklan

Tambah Nordin lagi, Kerajaan juga perlu mewujudkan undang-undang bagi menghukum kartel-kartel yang memanipulasi bekalan keperluan asas rakyat.

Tanpa undang-undang yang lebih tegas, isu gangguan bekalan ini akan terus berulang, tegasnya. - Awani