SEREMBAN - Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bermula pada Selasa bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa, Zainab Yahya di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa.