Budaya setempat sukarkan banteras jenayah rentas sempadan

Iklan
Noorrul Azril

CYBERJAYA - Dilastik dengan guli selain alasan ke seberang untuk ke rumah anak dan kelas agama antara cabaran yang ditempuh pihak berkuasa dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan di negara ini.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Noorrul Azril Ariffin yang pernah bertugas di Golok, Kelantan berkata, secara tradisinya boleh dikatakan penduduk di Golok dan Thailand adalah bersaudara.

Iklan
Iklan

"Petang-petang ada penduduk bawa kuih, beras kampit dan bila kita tahan untuk periksa, dia kata hendak hantar ke rumah anak di seberang.

"Ada yang kita tahan kata hendak hantar anak mengaji al-Quran. Ada yang kata hendak ke rumah isteri dan ini antara budaya setempat dan cabaran kepada kita (ATM) bila melaksanakan di peringkat operasi," katanya ketika Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, cabaran tersebut memberi kesukaran bagi anggota yang beroperasi di kawasan terbabit.

Jelas Noorrul Azril, apabila pihaknya membenarkan untuk penduduk menyeberang, itu bermakna penguat kuasa berkompromi mengenai undang-undang.

Iklan

"Ini adalah budaya setempat yang memberi cabaran kepada anggota operasi. Untuk mendapat kerjasama daripada masyarakat setempat agak sukar, mereka lihat kita sebagai orang luar dan anggota akan bertukar setiap bulan atau tiga bulan.

"Bagi mereka kita bukan kawan dan mereka (penduduk) banyak diamkan diri dan ambil pendekatan tidak bantu kita," ujarnya.

Tambahnya lagi, dalam waktu tertentu ada keadaan agresif iaitu ketika pelaksanaan operasi di sekitar Sungai Golok terutama pada musim perayaan.

"Dalam sehari dua sebelum hari raya, mereka mula agresif di mana 'demand' (permintaan) tinggi dari sebelah sana (Thailand). Jadi, perahu-perahu akan disusun sementara tunggu kita tidak ada di lokasi.

"Bila mereka terdesak, mereka akan melastik anggota dengan guli. Jadi, kita terpaksa ubah arahan di mana anggota operasi perlu memakai vest dan helmet kerana lastik guli itu boleh mencederakan," katanya.

Turut hadir di seminar terbabit ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara, Hamzah Ishak.