Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg

Iklan
Operasi pemusnahan peninggalan perang itu akan dilakukan di tapak pembinaan di sepanjang Upper Bukit Timah Road antara jam 8 pagi dan 7 malam waktu tempatan. - Foto FB Singapore Police Force

SINGAPURA - Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia Kedua seberat 100 kilogram hari ini.

Operasi pemusnahan peninggalan perang itu akan dilakukan di tapak pembinaan di sepanjang Upper Bukit Timah Road antara jam 8 pagi dan 7 malam waktu tempatan, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) menerusi laman sesawangnya.

Iklan
Iklan

Menurut SPF, pihaknya dimaklumkan mengenai bom yang ditemui di tapak pembinaan itu semasa kerja-kerja penggalian pada 20 September jam 11.57 pagi.

SAF EOD membuat penilaian bahawa peninggalan perang itu adalah bom Perang Dunia II seberat 100kg serta ia tidak selamat untuk dipindahkan dan mesti dilupuskan di lokasi.

Iklan
Iklan

Sekatan di sepanjang 200 meter dari lokasi bom berkenaan ditemui dan penutupan jalan juga akan dilaksanakan di kawasan sekitar mulai jam 11 pagi demi keselamatan orang ramai. - Bernama