Belanjawan 2024: Negeri Sembilan harap penambahbaikan infrastruktur

Iklan
Aminuddin

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan berharap penambahbaikan infrastruktur dan sektor pertanian di negeri itu antara keutamaan yang dapat diberi perhatian kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya telah pun menyenaraikan hasrat tersebut secara bertulis kepada Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong ketika beliau hadir ke Negeri Sembilan dalam Jelajah Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Banyak 'wishlist' kita. Antaranya infrastruktur, pertanian dan dari segi jalan raya antara keutamaan kita.

"Setiap tahun kerajaan Persekutuan akan bagi bajet kepada kita. Tapi tiada keperluan meruncing di Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui di Wisma Negeri di sini pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keperluan dalam aspek pembangunan dan infrastruktur merangkumi semua daerah di negeri ini telah dimasukkan dalam pelan tindakan dan diserahkan kepada kerajaan Pusat.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada Kementerian Kewangan untuk membuat justifikasi dalam menyenarai pendek tentang pengagihan bajet yang akan diumumkan.

Iklan

"Bagi Negeri Sembilan banyak perkara (keperluan) terutamanya mengenai pembangunan dan infrastruktur.

"Perkara ini dinyatakan dalam pelan tindakan dan diserahkan kepada Menteri Kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya dapat dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024, ia merangkumi kawasan luar bandar dan daerah," katanya.