PRK: Tun M, Muhyiddin, Abdul Hadi bukan cabaran BN-PH

Iklan
Leong Ngah Ngah

KUANTAN - Gabungan tiga pemimpin, Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Tan Seri Abdul Hadi Awang yang ditampilkan Perikatan Nasional (PN) untuk mengetuai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bukan satu cabaran kepada BN untuk mempertahankan kerusi itu.

Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, daripada tiga pemimpin utama parti di bawah PN itu, hanya Abdul Hadi yang dilihat lebih berpengaruh berdasarkan prestasi Pas yang agak kuat ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kehadiran Presiden Pas itu mungkin dapat menarik sokongan penyokong PN untuk terus mengundi calon mereka.

"Walau apa pun, pengaruh pemimpin itu tetap tidak mampu mempengaruhi sokongan penyokong BN mahupun Pakatan Harapan (PH) di DUN ini.

Iklan

Ngah Ngah berkata, terpulang kepada PN untuk meletakkan siapa pun bagi mengetuai kempen PRK DUN Pelangai.

"Persoalannya mampukah tiga pemimpin itu menarik lebih banyak sokongan bagi memenangi calon mereka, Kasim Samat.

Iklan

"Bagi kami, kehadiran barisan pimpinan utama BN dan PH yang turun padang membantu kempen di sini lebih berkesan," katanya.

Jelasnya, calon BN juga dilihat ada kekuatan tersendiri bukan hanya kerana DUN ini kubu kuat parti itu malah calonnya, Datuk Amizar Abu Adam sebagai anak tempatan ada kelebihan untuk menarik sokongan pengundi.

"DAP Pahang sendiri akan membantu habis-habisan bagi memastikan kemenangan calon BN," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Bentong, Jeffry Nizam berkata, dalam pilihan raya siapa pun boleh diletakkan untuk mengetuai kempen bagi memenangi calon masing-masing.

Menurutnya, langkah PN itu bukan satu masalah kepada PH dan BN khususnya.

"Ini kubu BN, orang di sini tahu apa yang ada dan apa mereka mahu di Pelangai berbanding orang luar jadi kita gerakkan jentera berkempen seperti biasa dan lihat keputusannya lepas pengundian, 7 Oktober nanti," katanya.

Sebelum ini, penganalisis menjangkakan gabungan tiga pemimpin itu menjadi cabaran kepada BN untuk mempertahankan kerusi tersebut.