Guru hisap vape depan pelajar berdepan tindakan

Iklan
Fadhlina Sidek

SHAH ALAM - Guru yang didapati menghisap vape atau peranti rokok elektronik di hadapan pelajar akan dikenakan tindakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat aduan tentang salah laku berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya fikir kalau adanya dakwaan (perkara) itu berlaku, kita ada prosesnya dan ia mesti melalui aduan.

Mohd Hisamudin bertanyakan tindakan Kementerian Pendidikan terhadap guru yang merokok di hadapan pelajar, sedangkan tumpuan kementerian ketika ini adalah kempen larangan menghisap vape dalam kalangan pelajar.

Iklan

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997:Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok, ketetapan telah dibuat untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

Semua guru, kakitangan, ibu bapa, atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah.

Iklan

Sementara itu, Fadhlina juga secara berseloroh berkata, larangan merokok atau menghisap vape juga terpakai kepada ‘yang berhormat’ di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.