ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pembantu tadbir sebuah jabatan, kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pelbagai pembekalan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM160,000, oleh sebuah jabatan kerajaan.
Sumber memaklumkan, wanita berusia lingkungan 40an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, semasa hadir memberikan keterangan di SPRM Kedah, yang kemudian dilepaskan dengan jaminan RM10,000 pada hari sama selepas SPRM merekodkan keterangannya.