Mengeluh gaji tak cukup, tapi pakai telefon bimbit mewah

Iklan
Jangan kerana nak nampak bergaya, terpaksa berhutang dan akhirnya mengeluh apabila duit gaji tak cukup. - Foto 123RF

BARU-BARU ini Merak Jalanan melepak bersama sahabat lama di sebuah kedai kopi yang di hadapannya terletak sebuah kedai gajet untuk telefon bimbit berjenama mewah.

Lebih kurang dua jam minum kopi sambil bersembang cerita politik negara, Merak Jalanan perhatikan ramai anak-anak muda berpusu-pusu keluar masuk kedai gajet tersebut.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan terfikir, mereka yang masuk ke kedai itu sudah tentu memiliki telefon jenama mewah berkenaan yang berharga RM3,000 hingga RM6,000 seunit, atau mungkin lebih dari itu.

Melihat anak-anak muda yang masuk ke kedai itu, Merak Jalanan tertanya-tanya, apakah pekerjaan mereka sehingga mampu membeli telefon berharga mahal sebegitu.

Iklan

Merak Jalanan juga nampak ada antara mereka pelajar universiti.

Daripada cerita politik, perbualan Merak Jalanan dengan sahabat tadi bertukar kepada isu ekonomi pula. Merak Jalanan lontarkan persoalan itu kepada sahabat tadi.

Iklan

Sahabat Merak Jalanan ada jawapan tersendiri. Katanya, sekarang bukan lagi masalah kepada anak-anak muda yang bergaji kecil untuk membeli telefon bimbit mewah.

Sekarang sudah ada skim ansuran, boleh bayar bulan-bulan untuk tempoh sehingga tiga atau lima tahun.

Tambah sahabat Merak Jalanan, ada juga anak muda yang menggunakan telefon bimbit mewah ini untuk menjana pendapatan sebagai pencipta kandungan digital.

Merak Jalanan boleh terima alasan itu. Sama ada ia satu keperluan atau gaya hidup, terpulang kepada masing-masing. Tapi jangan kerana nak nampak bergaya, terpaksa berhutang dan akhirnya mengeluh apabila duit gaji tak cukup.

Bukan apa, ada seorang kenalan Merak Jalanan marah sangat dengan kerajaan kerana harga barang naik.

Katanya, dia terpaksa mencatu untuk membeli makanan dan barang dapur di rumah kerana takut bajet lari.

Tapi bulan lepas dia tukar telefon bimbit baharu berharga RM5,000.

Merak Jalanan percaya, dia mesti beli guna skim ansuran bulanan.