The Roadmap 2015-2025 berada di landasan tepat

Iklan
Habibah ketika bercakap pada sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI

PUTRAJAYA - Pelan Pembaharuan Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia: The Roadmap 2015-2025 berada di landasan tepat untuk membantu guru dan murid menguasai bahasa utama dunia itu.

Program di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) itu berada di tahun keenam pelaksanaannya dalam memastikan hala tuju dan misi pendidikan bahasa Inggeris di negara ini.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan) KPM, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, kumpulan sasaran bagi pelan ini bermula dari murid prasekolah sehingga ke universiti termasuk guru-guru sekolah.

"Usaha yang diambil ini untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid bagi memenuhi keperluan masa sekarang dan masa akan datang.

Iklan

"Bagi tujuan ini KPM menggunakan kerangka piawaian antarabangsa Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) sebagai tanda aras pendidikan bahasa Inggeris," katanya pada sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Habibah lagi, CEFR merupakan kerangka piawaian antarabangsa penguasaan bahasa Inggeris yang membantu mengukur tahap penguasaan pada setiap peringkat pendidikan.

Iklan

"Prinsip kerangka ini menyatakan bahawa guru mesti berada pada tahap penguasaan lebih tinggi daripada tahap seseorang murid," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai peratusan tahap pencapaian pelan itu sejak ia dilaksanakan sehingga kini, kata Habibah, ia berada pada tahap memuaskan.

Katanya, pelajar yang bakal mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini menjadi tanda aras bagi pelan yang diperkenalkan itu.

"Kita harap pelajar akan melakukan yang terbaik ketika menduduki peperiksaan dan dari situ kita akan buat penilaian terhadap keberkesanan pelan tersebut," katanya.