Hampir 400 keracunan, makanan bento dicemari bakteria

Iklan
Gambar hiasan 123rf
TOKYO - Seramai 394 individu dari 26 wilayah mengalami keracunan makanan disebabkan bakteria patogen ditemui pada nasi dan makanan ringan dalam kotak bento hidangan tengah hari, lapor Sputnik.

Staphylococcus aureus dan wax bacillus telah ditemui dalam 12 variasi kotak bento, semuanya disediakan oleh pembuat makanan bento Jepun Yoshidaya di Wilayah Aomori, lapor penyiar NHK.

Hidangan itu dipercayai menjadi punca keracunan makanan - individu yang mengambil makanan itu mengadu mengalami sakit perut dan muntah, menurut laporan itu.

Pihak berkuasa kesihatan awam di Wilayah Aomori telah mengeluarkan larangan terhadap syarikat itu daripada beroperasi susulan kejadian itu. Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. - Bernama.