Lagi harimau kumbang masuk perangkap

Iklan
Harimau kumbang yang masuk perangkap dipercayai awal pagi Rabu. - Foto Rusmazaiti

KUALA PILAH - Seekor lagi harimau kumbang masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada awal pagi Rabu di Kampung Ulu Beting di sini.

Ia menjadikan dua ekor harimau kumbang yang ditangkap di lokasi sama iaitu berhampiran sebuah rumah milik pasangan suami isteri, selepas seekor daripadanya ditangkap pada 18 September lepas.

Iklan
Iklan

Suri rumah, Rusmazaiti Kamarulzaman, 31, berkata, beliau tidak menyedari sejak bila haiwan berkenaan masuk perangkap berkenaan, namun mengakui terdengar bunyi bising.

"Selepas seekor ditangkap minggu lalu, Perhilitan pasang semula perangkap pada hari Sabtu lepas. Kami meletakkan umpan sama iaitu anak anjing.

Iklan

"Berkemungkinan harimau itu masuk perangkap pada awal pagi tadi, namun saya tidaklah memeriksanya walaupun ada terdengar bunyi bising," katanya pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan empat beranak cemas apabila seekor harimau kumbang muncul di hadapan rumahnya.

Iklan

Dua ekor anjing yang menjaga kebun mereka hilang tanpa jejak rupa-rupanya menjadi mangsa haiwan tersebut.

Harimau kumbang berkenaan dipercayai datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) yang berdekatan lokasi penempatan tersebut.