Selangor sedia talian aduan, lapor kekurangan stok beras di pasaran

Iklan
Amirudin dan tangkap layar Facebook beliau pada Rabu.

SHAH ALAM - Orang ramai di Selangor boleh melaporkan kekurangan stok beras di pasaran kepada unit Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS) menerusi talian aduan disediakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, unit berkenaan akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan bagi memastikan bekalan beras tidak terputus di lokasi aduan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya ada kekurangan stok beras di mana-mana tempat di Selangor, laporkan ke Unit Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS).

"Insya-ALLAH, unit ini akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan agar bekalan beras tidak terputus di lokasi aduan," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Amirudin berkata, kerajaan Selangor menggerakkan inisiatif tersebut bagi membantu kehidupan rakyat di negeri berkenaan serta mengelak berlakunya pembelian panik.

"Mohon sebarkan maklumat ini supaya lebih ramai yang boleh mendapat manfaat," ujar Amirudin.

Iklan

Orang ramai boleh menghubungi KSPDS di talian 03-3289 8419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.