Tendang pengadil, Yazan minta maaf

Iklan
Insiden Yazan menendang Hasrol selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium MBPJ pada Ahad.

PEMAIN pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf selepas tindakannya menendang pengadil ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Menurut Yazan, dia akan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dan berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi.

Iklan
Iklan

"Saya memohon maaf kepada peminat dan rakan sepasukan saya.

"Ia berlaku kerana keadaan ketika itu dan tekanan psikologi. Sepupu saya juga telah meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Iklan

"Saya tahu bahawa ini bukan alasan untuk saya melakukan apa yang saya lakukan, dan ia bukan watak saya atau apa yang saya pelajari daripada Islam," katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada Selasa.

Insiden Yazan menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir itu berlaku selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Selangor tewas kepada Terengganu FC dengan agregat 3-1 dan gagal mara ke perlawanan separuh akhir.

Iklan

Video Yazan menendang pengadil itu juga tular di media sosial yang menyaksikan pemain import dari Jordan itu terlebih dahulu berkata sesuatu dan menolak Mohd Hasrol, sekali gus dia dilayangkan kad merah.

Bagaikan tidak berpuas hati, Yazan dilihat menendang Mohd Hasrol sebelum dia ditenangkan oleh rakan sepasukan.