Ibu tunggal, rakan tomboy dera kanak-kanak lelaki tukar pengakuan bersalah
Iklan
BERITA MOJO 27 SEPTEMBER 2023
Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki (tomboy), menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya
Iklan
Iklan
yang berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor, 12 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Mereka membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, VM Mabel Sheela setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.
Iklan
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal terbabit ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka. Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Oktober depan untuk fakta dan hukuman.
Artikel:https://bitly.ws/VMCU
Iklan
Muzik: Elevate dari bensound.com
#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu" /><meta itemprop="description" content="Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan inisiatif aspek keselamatan diri dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui pembangunan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Persekolahan Pendidikan Khas 2027.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh, berkata ini kerana KPM berpandangan keselamatan diri murid adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian khusus terutamanya kepada MBPK.
Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan kesediaan kementerian untuk menerapkan pelajaran mengenai keselamatan diri dalam sukatan pelajaran MBPK.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #KPM #MBPK #kurikulumkhas" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-05T08:50:42.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/XJENq1dAToeRxPp-A/x120" /><meta itemprop="duration" content="P186S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x98mm7o" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x98mm7o"></script>