Anak Penyu Agar telah menetas dalam sarang bertarikh 27 Julai lepas yang menempatkan 111 biji telur semasa tinjauan pada Program Konservasi Penyu di Pusat Santuari Penyu Ma' Daerah Kerteh, Kemaman.
Pusat santuari tersebut ditubuhkan pada Jun 1999 dengan kerjasama Jabatan Perikanan, Ineos-PCG Acetyl dan WWF-Malaysia.
Pusat yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara itu mempunyai keluasan tanah seluas 23.65 hektar dan panjang pantai adalah 1.7 kilometer.
Untuk rekod, sebanyak 687 sarang melibatkan 61,832 biji telur pada tahun lepas dan berjaya menghasilkan 48,569 anak penyu berbanding 410 sarang dan 35,869 biji telur serta 30,845 anak penyu berjaya menetas pada 2021.
Sehingga Ogos tahun ini (rekod tidak rasmi), terdapat 890 sarang yang menempatkan 79,582 biji telur.