Lelaki pengsan ketika turun Bukit Apek

Iklan
Anggota bomba membawa turun mangsa yang dilaporkan pengsan di Bukit Aspek pada Rabu.

AMPANG - Seorang lelaki berusia 51 tahun dilaporkan pengsan ketika menuruni Bukit Apek di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.08 petang.