PRK: Polis buka satu kertas siasatan

Iklan
Polis telah membuka satu kertas siasatan sepanjang kempen PRK DUN Pelangai bermula Sabtu lepas. - Foto Bernama

KUANTAN - Polis telah membuka satu kertas siasatan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Iklan
Iklan

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Sementara itu, Yahaya berkata sebanyak 24 permit ceramah telah diluluskan bagi kempen PRK DUN Pelangai setakat ini.

Iklan

Beliau turut mengingatkan orang ramai terutama penyokong parti politik supaya sentiasa menjaga tatasusila dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh kempen.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN), Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini. - Bernama