Karnival UDA 2023 anjuran UDA Holdings Berhad (UDA) menjanjikan lebih kemeriahan berbanding karnival sebelum ini apabila penganjuran untuk tahun ini membawakan dua acara serentak iaitu program usahawan USHAniaga dan Kempen Hartanah UDA Ria.
Matlamat UDA adalah untuk memastikan Karnival UDA 2023 memberikan impak semaksimum mungkin kepada seluruh usahawan dan pengunjung yang bersama pada acara berkenaan.
Untuk program usahawan USHAniaga, UDA menyediakan pelbagai insentif kepada usahawan serta gerai jualan usahawan di mana aspirasi agensi berkenaan adalah untuk melahirkan usahawan yang mampan.
UDA sentiasa komited untuk menjejaki, mendekati, membimbing serta mentransformasikan usahawan berpotensi yang berdaya saing, berdaya tahan dan berupaya bersaing di pasaran bukan sahaja di peringkat domestik tetapi antarabangsa.
Dalam masa yang sama program USHAniaga di Karnival UDA 2023 ini memberi ruang kepada usahawan UDA dan rakan kolaborasi bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada umum dan komuniti dengan lebih meluas.
Melalui karnival ini, UDA berusaha mempromosikan kemudahan serta insentif usahawan yang disediakan oleh pihak UDA serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu perkembangan perniagaan usahawan di negara ini.
Manakala bagi Kempen Hartanah UDA Ria pula, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif UDA untuk mendekati komuniti setempat serta membantu para pembeli memilih hartanah selaras dengan objektif menggalakkan pemilikan hartanah di kawasan bandar.
Oleh itu, UDA membawakan pelbagai variasi hartanah di seluruh Malaysia dengan harga dan promosi menarik.
Selain daripada fokus jualan produk, pihaknya juga mengambil peluang untuk berhubung dengan pembeli rumah, dan komuniti sekitar dengan menyediakan platform yang mudah untuk meneroka portfolio hartanah UDA yang pelbagai.
Selain itu, UDA berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang interaktif dan bermaklumat di mana bakal pembeli boleh terlibat secara langsung dengan pasukan UDA, memahami ciri unik setiap hartanah seterusnya membuat keputusan yang tepat apabila membeli produk UDA.
Sempena Karnival UDA 2023, pelbagai aktiviti dan program menarik disediakan untukseisi keluarga. Ini termasuk bual bicara hartanah oleh pakar industri, aktiviti kanak-kanak yang menampilkan Didi & Friends, pemeriksaan kesihatan percuma oleh KPJ,dan banyak lagi.
Kempen Hartanah UDA Ria 2023 merupakan kempen pemasaran tahunan untuk UDA. Kempen bermula dari Julai lalu dan bakal berakhir pada Julai 2024 di tahun hadapan.
Objektif utama, untuk memperkenalkan produk-produk hartanah terbaru serta terkini UDA dengan skim dan ganjaran berupa hadiah-hadiah menarik kepada bakal pembeli rumah UDA untuk sepanjang tahun 2023.
Dengan membawakan konsep ‘Sempurna Untuk Semua Generasi’, kempen ini telah dibawakan di Pulau Pinang pada Julai lalu.
Fokus utama kempen adalah Beli Rumah, Bawa Pulang Kereta serta Hadiah Menarik! – Pembeli hartanah yang berjaya membeli produk keluaran UDA sepanjang kempen ini berlangsung, berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai hampir RM200,000!
Jelajah Karnival UDA 2023 akan berlangsung di empat lokasi iaitu lokasi seperti berikut:
- Angsana Johor Bahru Mall, Johor (29 September – 1 Oktober 2023)
- Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang (27 – 29 Oktober 2023)
- Lintasa Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah (24 – 26 November 2023)
- Angsana Ipoh Mall, Perak (8 – 10 Disember 2023)
Karnival UDA 2023 kali ini menyaksikan pelbagai pameran dan gerai jualan hartanah UDA, jualan usahawan, usahawan selebriti dan usahawan pempengaruh. Di samping itu terdapat juga pameran agensi di bawah KUSKOP.
Selain itu, terdapat penganjuran kelas bimbingan dan konsultasi usahawan"Bizz Clinic” dan padanan perniagaan ‘Business Matching’, Entrepreneurs Talk dan Property Talk yang bakal memberi manfaat kepada peserta dalam kalangan usahawan.
Tak ketinggalan juga, para pengunjung akan dihiburkan oleh persembahan artis jemputan dan juga buskers serta menyertai Kidz Zumba, pertandingan mewarna kanak-kanak, Family Mini Hunt dan juga Fire Show.
Layari https://uda.com.my/karnival-uda atau ikuti Instagram UDA @uda_official atau laman Facebook UDA Holdings Berhad untuk maklumat lanjut.
Berikut senarai hadiah Kempen Hartanah UDA Ria 2023:
Hadiah Utama – 2 x Ativa (SUV) – Turbo X
Percutian Impian:
- 1x Dubai (Pakej Couple)
- 1x Korea Selatan – Nami Island (Pakej Couple)
- 1x Pulau Bali (Pakej Couple)
- 1x Pulau Semporna, Sabah (Pakej Couple)
5x ‘Staycation’ 3 hari 2 malam di Ancasa Hotel & Resort (Branch terpilih)
50x Kad Petrol bernilai RM100
50x Kad Tambah Nilai (Touch & Go) bernilai RM50
Antara produk -produk hartanah dengan insentif yang menarik bakal menemui orang awam di Johor adalah seperti berikut:
- UDA Heights, Johor
- Sedili Residensi, Johor
- Pisonia Ville, Johor
- Amaanee Residences, Wakaf Seete Aishah, Pulau Pinang
- Crescent Dew, Pulau Pinang
- Kuala Terengganu Golf Resort (KTGRF6) / Tanah Lot, Terengganu
- 38 Bangsar, Kuala Lumpur
- Dedaun Residensi, Selangor
- Neu Pendington, Sarawak