KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan perbincangan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyediakan potongan cukai terhadap latihan dan bimbingan sukan selain daripada pembelian alat sukan, membuahkan hasil positif.
Bagaimanapun, menterinya Hannah Yeoh berkata, hasil perbincangan itu masih dalam proses pertimbangan untuk dilaksanakan selepas mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi pada Selasa.