Kutipan zakat sektor potongan gaji meningkat 8.9 peratus

Iklan
Tengku Amir (tengah) menerima serahan zakat daripada badan korporat pada majlis serahan zakat perniagaan badan korporat di sebuah hotel di Kuantan pada Rabu.

KUANTAN - Prestasi kutipan zakat di Pahang meningkat sebanyak 8.9 peratus dalam sektor pemotongan gaji dalam tempoh Januari sehingga 15 September tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Halidan Md Daud berkata, jumlah tersebut meningkat daripada RM44.9 juta kepada RM48.9 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi sektor bayaran badan-badan korporat telah mengalami penurunan sebanyak RM10.8 juta iaitu daripada RM23.5 juta ke RM12.7 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Antara faktor penurunan adalah disebabkan beberapa badan korporat yang menyumbang bayaran besar masih belum membuat bayaran dalam tempoh sama berbanding tahun lalu.

Iklan

"Jadi, secara keseluruhan kutipan zakat harta dalam tempoh sembilan bulan adalah sebanyak RM103.8 juta berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2022 iaitu sebanyak RM114.5 juta (penurunan 9.4 peratus).

"Bilangan pembayar adalah seramai 87,178 berbanding dengan tahun lalu seramai 89,038 orang (penurunan 2.1 peratus," katanya ketika berucap pada majlis serahan zakat perniagaan badan korporat di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Iklan

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah hadir bagi menerima serahan zakat daripada pembayar.

Halidan memaklumkan bagi meningkatkan kutipan zakat, pihaknya telah melantik beberapa pihak luar sebagai ejen korporat.

Selain itu katanya, pelaksanaan Skim Pengembalian Semula Wang Zakat (Wakalah) di peringkat sekolah juga dilihat akan melonjakkan kutipan potongan gaji daripada guru-guru sekolah.

"Syarat ditetapkan untuk memperolehi manfaat Skim Wakalah adalah 90 peratus daripada kakitangan sekolah hendaklah membuat bayaran zakat melalui potongan gaji.

"Setakat ini hanya 198 daripada keseluruhan 712 sekolah (28 peratus) yang layak menerima Wakalah," ujarnya.