Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit

Iklan
Iran berjaya melancarkan satelit pengimejan Noor-3 ke orbit pada jarak 450 kilometer di atas permukaan Bumi. - Foto Agensi

TEHRAN - Iran telah berjaya melancarkan satelit pengimejan Noor-3 ke orbit pada jarak 450 kilometer di atas permukaan Bumi, kata pegawai pada Rabu.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Issa Zarepour dalam satu catatan di media sosial berkata satelit tersebut telah berjaya dilancarkan ke orbit, lapor Agensi Anadolu (AA).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Roket Qassed juga digunakan oleh IRGC untuk melancarkan satelit Noor-2 pada Mac 2022, yang ditempatkan di orbit pada jarak 500 kilometer dari permukaan Bumi, tambahnya.

Iklan

Noor-1 telah dilancarkan pada tahun 2020.

Pelancaran satelit Iran telah dikritik oleh Amerika Syarikat, yang mendakwa program peluru berpandu jarak jauh negara itu juga boleh digunakan untuk melancarkan senjata jarak jauh.

Iklan

Mereka mendakwa ia mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tehran menafikan dakwaan itu dengan menegaskan pelancaran satelitnya bertujuan membantu dalam aktiviti penyelidikan dan pertanian. - Bernama-Anadolu