Peluru pelancar roket meletup di rumah, 8 maut di Pakistan

Iklan
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam letupan peluru pelancar roket di sebuah rumah di sebuah kampung di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Rabu. Gambar hiasan - Foto 123rf

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam letupan peluru pelancar roket di sebuah rumah di sebuah kampung di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Rabu, kata pegawai polis, lapor Xinhua.

Lima kanak-kanak dan dua wanita adalah antara mangsa yang terbunuh dalam kejadian di bandar Kandhkot di wilayah tersebut, kata Ketua Polis Kandhkot, Rohail Khoso kepada media.

Iklan
Iklan

Kesemua mangsa terbunuh dan cedera adalah dari keluarga yang sama, tambahnya.

Susulan kejadian itu, polis dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital berdekatan, di mana sekurang-kurangnya seorang berada dalam keadaan kritikal, menurut sumber hospital.

Iklan

Satu siasatan menyeluruh telah dilancarkan untuk menyiasat kewujudan peluru pelancar roket di tanah pertanian di bandar tersebut dan menahan pihak bertanggungjawab. - Bernama-Xinhua

Iklan