Caj transaksi baharu QR DuitNow akan bebankan peniaga kecil

Iklan
Keputusan untuk mewujudkan bayaran transaksi baharu menerusi aplikasi QR DuitNow bermula 1 November bakal membebankan peniaga kecil. Gambar kecil: Ka Siong

SHAH ALAM - Keputusan untuk mewujudkan bayaran transaksi baharu menerusi aplikasi QR DuitNow bermula 1 November bakal membebankan peniaga kecil.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pada saat rakyat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, ditambah pula dengan kesan inflasi setiap keputusan yang dibuat tidak sepatutnya menambahkan lagi beban rakyat dan menyukarkan hidup mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, caj 0.25 peratus pada nilai transaksi dikenakan jika pembayar guna kad debit dan caj 0.50 peratus jika guna kad kredit.

"Caj 0.25 peratus ini adalah sangat mahal berbanding caj untuk guna kad debit Visa atau Mastercard.

Iklan

"Memandangkan penerima bayaran DuitNow QR (Boost, Grabpay, Setel dan Touch ‘n Go) adalah peniaga kecil atau gerai tepi jalan yang tiada mesin bayaran kad, kadar caj baharu DuitNow ini adalah sangat tidak adil bagi golongan ini,” katanya di Facebook pada Rabu.

Jelasnya, ianya secara tidak langsung akan menghalang pertumbuhan pembayaran tanpa tunai dan kemungkinan besar, ianya merugikan peniaga-peniaga kecil.

Iklan

"Kerajaan mestilah menjelaskan kepada rakyat agar mereka lebih bersedia dengan kesan yang akan menimpa mereka.

"Timbul persoalan, adakah peniaga kecil terdiri dari[ada perusahaan kecil sederhana (PKS) akan menanggung kos tersebut atau diserap melalui fi pertukaran di bawah Bank Negara Malaysia (BNM),” ujarnya.

Sebelum ini tiada caj dikenakan bagi urus niaga DuitNow QR di bawah RM5,000 manakala caj 50 sen hanya dikenakan untuk transaksi melebihi RM5,000.

Media pada Selasa melaporkan caj transaksi akan berkuat kuasa di semua bank mulai 1 November.

Ia turut melaporkan jumlah bayaran yang dikenakan ke atas akaun peniaga apabila menerima bayaran melalui DuitNow akan berbeza-beza berdasarkan cara pemindahan