Mansuhkan pencen untuk pengambilan baharu penjawat awam - KJ

Iklan
Khairy

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan cadangan untuk memansuhkan pencen adalah bagi pengambilan baharu penjawat awam sahaja.

Beliau kesal kerana cadangannya itu disalah erti kerana tindakan sesetengah media yang tidak mengambil konteks penuh videonya dalam podcast Keluar Sekejap.

Iklan
Iklan

"Disebabkan itu cadangan saya berkenaan memansuhkan pencen ahli parlimen dan penjawat awam mengelirukan pembaca,” katanya menerusi Facebook pada Rabu.

Khairy berkata, secara spesifik dan jelas cadangan itu adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan ke atas mereka yang sedang dalam perkhidmatan demi menjaga fiskal negara.

Iklan

Beliau berkata, cadangan memansuhkan pencen itu adalah tiga perkara yang pernah dicadangkan kepada jemaah menteri bagi menjaga fiskal negara.

"Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi. Yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya.

Iklan

"GST masih lagi tunggu dan lihat. Ketiga, adalah untuk hentikan pencen. Tapi ini untuk penjawat awam yang ada dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan.

"Tetapi semua penjawat awam yang baharu, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP,” ujarnya.