Isytihar harta, pendapatan berkala anggota penguat kuasa

Iklan
Kerajaan disaran untuk melaksanakan pengisytiharan harta dan pendapatan berkala dalam kalangan anggota penguat kuasa sebagai usaha membendung jenayah rasuah di negara ini. - Gambar hiasan 123rf (Gambar kecil: Mohammad Amar)

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan disaran untuk melaksanakan pengisytiharan harta dan pendapatan berkala dalam kalangan anggota penguat kuasa sebagai usaha membendung jenayah rasuah di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema), Mohammad Amar Masuri berkata, ia susulan peningkatan jenayah tersebut seolah-olah sudah menjadi budaya dan kebiasaan.

Iklan
Iklan

"Ini berlaku disebabkan perbuatan keji itu sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam kalangan penguat kuasa tanpa mengira dari mana-mana jabatan sekali pun.

"Selain berpendapatan rendah, mereka juga sudah menjadikan ‘hasil’ rasuah sebagai pendapatan bulanan untuk menampung perbelanjaan tetap yang tidak dapat ditampung dengan gaji pokok semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambah Mohammad Amar, sistem aduan perlu dinaik taraf dan diuar-uarkan kepada orang awam termasuk warga asing supaya mudah untuk melaporkan jika berlaku aktiviti rasuah dan peras ugut daripada penguat kuasa di lapangan serta pejabat.

Ujarnya lagi, andai tiada sebarang tindakan tegas yang diambil ia akan menyebabkan negara tidak dapat berkembang dan akan terus ketinggalan berbanding negara-negara membangun yang lain.

Iklan

"Jenayah keji ini juga akan memberi kesan terhadap pelbagai pihak, terutama dari segi kos sara hidup yang akan memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Tegasnya, usaha membendung jenayah tersebut adalah tanggungjawab semua pihak supaya Malaysia boleh menjadi negara maju yang aman dan sejahtera.