Pemain kena profesional

Iklan
Pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab bertindak di luar dugaan apabila menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad. (Gambar kecil: Noor Azman)

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihatkan pemain dalam saingan Liga Malaysia supaya mengawal perasaan dan menjadi lebih profesional dalam setiap tindakan semasa perlawanan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, setiap pemain dan pegawai mempunyai saluran yang betul untuk membuat laporan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Iklan
Iklan

"Kita dah serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk menentukan apa bentuk hukuman.

Sebelum ini, pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab bertindak di luar dugaan apabila menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Iklan

Perlawanan itu menyaksikan Selangor tewas kepada Terengganu FC dengan agregat 3-1 dan gagal mara ke perlawanan separuh akhir.

Difahamkan, Yazan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut.

Iklan

Video Yazan menendang pengadil itu juga tular di media sosial yang menyaksikan pemain import dari Jordan itu terlebih dahulu berkata sesuatu dan menolak Mohd Hasrol sekali gus dia dilayangkan kad merah.

Bagaikan tidak berpuas hati, Yazan dilihat menendang Mohd Hasrol sebelum dia ditenangkan oleh rakan sepasukan.

Selangor FC juga akan melakukan siasatan dalaman berkenaan insiden tersebut selain turut akan menghantar laporan kepada FAM berhubung mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, Noor Azman menyatakan belum menerima laporan tersebut.

"Setakat ini belum terima laporan daripada Selangor FC," katanya.