PUTRAJAYA - Kerajaan tidak boleh melaksanakan cadangan pemansuhan pencen secara menyeluruh dan drastik untuk ahli Parlimen serta penjawat awam kerana ia memberi implikasi besar terhadap sosioekonomi dan politik.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan boleh melaksanakan cadangan tersebut secara berperingkat.