'Peluang calon Bebas PRK DUN Pelangai mungkin cerah - Penganalisis

Iklan
Haslihelmy sebelum ini memaklumkan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK DUN Pelangai sebagai protes terhadap calon BN. Gambar kecil: Dr Che Hamdan

BENTONG - Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dilihat boleh meraih lebih banyak undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pahang, Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berkata, ramalan itu dibuat, sekiranya mendapat undi protes daripada UMNO.

Iklan
Iklan

"Biasanya calon Bebas akan dapat undi dari kelompok keluarga namun, jika melihat dari sudut kemungkinan calon Bebas boleh meraih undi protes.

"Trend politik semasa juga (boleh memberi) peluang calon Bebas untuk menarik sokongan, tapi ia sekadar menambah undi daripada apa yang dijangkakan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan peluang untuk Haslihelmy untuk mendapatkan kembali deposit mungkin sukar.

"Sebab saya lebih melihat ia adalah satu 'personal marketing' dengan kos yang murah. Hanya bayar deposit bertanding, dapat liputan peringkat nasional," ujarnya

Iklan

PRK kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Haslihelmy menentang calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam dan Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN).

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Johari menang kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).