Dakwaan 30 peratus lantikan kerajaan negeri buat PH hanya tuduhan liar - MB

Iklan
Wan Rosdy hadir pada program gotong-royong bersama penduduk Perumahan Kakitangan Kilang Sawit Felda Kemasul pada Khamis.

BENTONG - Dakwaan kononnya 30 peratus jawatan lantikan kerajaan negeri akan diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai tuduhan liar yang tidak berasas

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini belum ada sebarang pelantikan baharu sebaliknya semua lantikan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) serta ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilantik masih kekal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dakwaan itu sebenarnya permainan pihak tertentu yang cuba menimbulkan persepsi dan sentimen bagi mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

"Cara ini menyebabkan rakyat yang tidak berfikir dua kali akan terpedaya dan mempercayai fitnah mereka.

Iklan

"Saya tegaskan lantikan kerajaan negeri kekal seperti biasa bukan seperti mana yang didakwa," katanya ketika ditemui pada program gotong-royong bersama calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam di Perumahan Kakitangan Kilang Sawit Felda Kemasul di sini pada Khamis.

Menurutnya, tindakan seperti itu sudah biasa bagi pihak lawan yang cuba menawan hati rakyat dengan persepsi dan sentimen.

Iklan

"Berbeza dengan kita menawarkan prestasi yang boleh diukur sebagai bukti," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, sokongan pengundi kepada calon BN kini mencapai lebih 60 peratus.

"Saya juga yakin sokongan pengundi akan terus meningkat menjelang hari pengundian pada 7 Oktober nanti," ujarnya

Sebelum ini, calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli melontarkan persoalan melalui Facebooknya tentang dakwaan PH Pahang menuntut 30 peratus kuota lantikan kerajaan negeri dan meminta penjelasan berhubung perkara tersebut.

Melalui hantaran itu, Haslihelmy berkata, dia tidak menuduh sebaliknya difahamkan PH Pahang menuntut kuota membabitkan jawatan dalam JKKK, MPKK, GLC dan PBT untuk diberikan kepada ahli parti itu.

"Saya tidak membuat dakwaan sebaliknya difahamkan begitu dan tidak menuduh kerajaan negeri sudah memberikan kuota itu kepada DAP.

"Benar atau tidak hanya kerajaan negeri BN-PH yang tahu. Harap ia sekadar khabar angin. Jika benar saya akan menentangnya secara habis-habisan," katanya melalui hantaran itu