47.5 peratus setuju mansuh pencen ahli Parlimen

Iklan
Tangkap layar hasil dapatan tinjauan pendapat di aplikasi X pada Khamis.

SHAH ALAM - Sebanyak 47.5 peratus daripada 1,448 responden bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan pencen bagi ahli Parlimen sahaja.

Hasil tinjauan pendapat Sinar Harian yang dijalankan di aplikasi X bermula Rabu hingga Khamis juga mendapati 42.3 peratus lagi responden bersetuju sepenuhnya untuk memansuhkan pencen ahli Parlimen dan juga pencen penjawat awam.

Iklan
Iklan

Dapatan tinjauan itu turut menyaksikan 7.2 peratus dan selebihnya tiga peratus masing-masing tidak bersetuju selain memerlukan kajian lagi terhadap cadangan tersebut.

Tangkap layar cadangan pengguna aplikasi X di ruangan komen bagi tinjauan pendapat pada Khamis.

Berdasarkan laporan Sinar Harian pada 3 Ogos lalu, cadangan tersebut disuarakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kaedah itu dilihat tidak adil jika dibandingkan dengan penjawat awam yang berkhidmat lebih lama berbanding ahli politik.

Iklan

Jelasnya, ia bertujuan untuk ‘mengajar’ mereka merasai kesempitan hidup dan kekangan kewangan seperti dihadapi rakyat yang sering meluahkan rasa terkesan dengan kos sara semakin meningkat.

Isu tersebut menjadi perbahasan hangat dan ada yang bersetuju dengan cadangan tersebut, antaranya ialah bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, pakar ekonomi, Muhammed Abdul Khalid serta Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Thomas Fann.

Iklan
Tangkap layar cadangan pengguna aplikasi X di ruangan komen bagi tinjauan pendapat pada Khamis.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial tersebut memberikan pelbagai pandangan termasuklah hanya memberikan pencen kepada ahli Parlimen yang mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"Saya pilih menyokong pencen diteruskan untuk kakitangan awam sahaja. Mungkin ada kalangan anak yang akan memegang jawatan ini nanti,” kata Santikeyme Torut.

"Ahli parlimen setuju mansuhkan pencen tetapi penjawat awam tidak perlu kerana mereka sudah tua, nanti tidak mampu buat sebarang kerja,” kata Roslan Mohd Noh.