Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia

Iklan
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) sebelum ini mengesahkan beberapa produk terpilih keluarannya akan dijual pada harga baharu membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 20 sen bermula 1 Oktober ini. Gambar kecil: Fuziah

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menghantar surat tunjuk sebab pada 27 September lalu kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) mengenai tindakannya untuk menaikkan harga sebahagian produknya.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Iklan
Iklan

Tambah Fuziah, ini bagi memastikan tindakan itu tidak melanggari sebarang akta kawalan harga dan anti pencatutan.

"Kita akan tunggu jawapan dia.

Iklan

Kita tak boleh sekat (tindakan) mereka naik harga tu, tapi kita boleh dapatkan maklumat kenapa mereka naikkan harga, dan kita kena pastikan bahawa tiada pelanggaran akta pencatutan, dan ini tugas pihak KPDN.

"Pencatutan ini maknanya luar biasalah dia punya kenaikan tu, jadi kita perlu pastikan tak ada pencatutan.

Iklan

"Kalau 'justify' memang harga import mahal, harga 'landed' mahal, dan kos pengeluaran kos itu ini, memang KPDN akan kira di setiap peringkat," kata Fuziah ketika ditemui media pada Sesi Walkabout Program Jualan Rahmah Bergerak DUN Tanjung Lumpur di sini pada Khamis.

Fuziah juga mengalu-alukan langkah syarikat itu tidak menaikkan harga 28 produknya termasuk roti putih, roti gandum penuh, dan roti Toast'em.

Pada 26 September lalu, Gardenia mengesahkan 30 produknya akan mengalami kenaikan harga di antara 10 sen hingga 40 sen mulai Ahad ini.

Antara produk yang mengalami kenaikan harga ialah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Toffee dan Red Beans, Quick Bites Cream Rolls, Numee Yellow Noodle, dan Numee Keluarga. - Awani