Ribut Agnes landa UK cetus banjir, bekalan elektrik terputus

Iklan
Agnes turut mencetuskan siri amaran cuaca tahap kuning, dengan angin kencang, hujan laut bergelora dijangkakan di seluruh UK. - Foto AP

LONDON - Ribut Agnes yang melanda United Kingdom (UK) telah mencetuskan banjir dan menyebabkan bekalan elektrik terputus selepas ribut itu membadai Ireland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ribut pertama musim ini dengan kelajuan angin mencecah 127 kilometer sejam membadai Capel Curig, sebuah kampung di Wales, pada Rabu.

Iklan
Iklan

Angin kencang turut membadai Aberdaron di Wales, Glenanne di Ireland Utara dan Camborne di Cornwall.

Agnes turut mencetuskan siri amaran cuaca tahap kuning, dengan angin kencang, hujan laut bergelora dijangkakan di seluruh UK.

Iklan

Seorang wanita terpaksa diselamatkan apabila keretanya terperangkap dalam banjir di County Londonderry, Ireland Utara.

Sebuah pesawat easyJet tidak dapat mendarat di Belfast kerana angin kuat, menurut syarikat penerbangan itu kepada Belfast Telegraph.

Iklan

Kira-kira 135 hartanah di Isles of Scilly, di barat daya England, mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut National Grid.

Pakar meteorologi,Dan Stroud, memberitahu agensi berita PA bahawa angin kencang diramal mula reda di England dan Wales.

"Kami menjangkakan kemuncak Ribut Agnes akan beransur reda dalam tempoh semalaman."

Agnes bermula di Ireland, menyaksikan banjir dan gangguan lalu lintas, dengan pokok tumbang menghalang jalan raya, selain menjejaskan penerbangan serta perkhidmatan feri. - Bernama