Putri Ariani tewas AGT, namun persembahan dapat 'standing ovation'

Iklan
Putri Ariani jelas menjadi kebanggaan Simon Cowell yang tidak henti-henti memuji bakat luar biasanya. - Foto IG simoncowell

WALAUPUN mendapat 'standing ovation' daripada keempat-empat juri peringkat akhir America's Got Talent (AGT) musim ke-18, peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani, 17, hanya berjaya meraih tempat keempat.

Begitupun, penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia itu, jelas menjadi kebanggaan Simon Cowell yang tidak henti-henti memuji bakat luar biasanya.

Iklan
Iklan

"Tidak ada yang mampu menafikan fakta awak adalah peserta luar biasa, dan juga manusia luar biasa.

"Tapi pada akhirnya, ini adalah pertandingan,” ujar Cowell.

Iklan

Persembahan memukaunya membawa lagu Elton John, Don't Let the Sun Go Down on Me, di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat itu turut dikagumi tiga lagi juri iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel.

Pertandingan itu dijuarai penjaga haiwan, Adrian Stoica dan anjing kesayangannya, Hurricane.

Iklan

Duo tersebut membawa pulang wang tunai bernilai AS$1 juta dan berpeluang membuat persembahan pada AGT Presents Superstars Live di Luxor Hotel and Casino di Las Vegas, Amerika Syarikat

Stoica dan Hurricane mempersembahkan kemahiran akrobatik antara manusia dan haiwan.

Sementara itu, tempat kedua diraih Anna Deguzman; Murmuration (ketiga) dan Ramadhani Brothers (kelima).

AGT adalah sebuah program realiti yang mencungkil bakat bukan hanya menyanyi tetapi juga sesuatu yang unik dan luar biasa dimiliki oleh para peserta. - Awani