Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah

Iklan
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di dalam tong sampah di sebuah flat di Farlim pada pagi Khamis.

GEORGE TOWN - Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di salah satu blok sebuah flat di Bandar Baru, Farlim, Air Itam di sini pada Khamis.

Bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui oleh sekumpulan pekerja pembersihan ketika ingin memasukkan sampah ke dalam lori pada jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mayat bayi malang itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian mahu pun dibalut dengan kain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut.

Iklan

"Saya mengesahkan pihak polis ada menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan