Sahur dan berbuka dengan harumanis

Iklan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (tiga dari kanan) ketika merasmikan Kempen "Berbuka Dan Bersahur Dengan Harumanis " pada majlis Iftar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA - Orang ramai digalakkan untuk berbuka puasa dengan harumanis selain kurma untuk mempelbagaikan hidangan sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, selain rasa yang tiada tandingan dan unik, harumanis juga memberikan khasiat kepada pemakan.

Iklan
Iklan

"Harumanis jika dihidangkan bersama pulut elok dijadikan juadah sama ada waktu sahur, moreh dan ketika berbuka puasa.

"Jadi memang saya galakkan... kerana di peringkat Kabinet pun saya meminta agar jamuan kerajaan sepanjang Ramadan ini dibekalkan harumanis sebagai satu juadah hidangan," katanya pada sidang akhbar sempena majlis berbuka puasa bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Iklan

Katanya, harumanis memiliki kualiti premium dengan isinya yang manis di samping aroma yang harum memberi rasa yang berbeza dengan mangga yang lain dan merupakan mangga paling premium di negara ini.

"Memandangkan musim pengeluaran harumanis adalah pada bulan Ramadan, maka saya galakkan orang ramai menikmati juadah lazat ini," katanya.

Iklan

Katanya, beliau sendiri telah turun padang ke Perlis pada Mac lalu membincangkan cara meningkatkan lagi jualan harumanis ini.

"Semasa lawatan saya ke Perlis saya telah meminta FAMA mengambil satu langkah kehadapan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa khas untuk kita pastikan keluaran Harumanis lebih terjamin dari segi pasaran.

"Dan saya gembira apabila diberitahu FAMA telah membeli harumanis di ladang Gred A dengan harga RM21 dan saya rasa sebahagian besar pengusaha telah puas hati bagi membantu mereka pasarkan mangga ini," katanya.

Kongsi salahuddin lagi, mangga harumanis juga mendapat sambutan hingga ke Jepun.

"Permintaan ini sangat bagus kita tak sukar menembusi pasaran Jepun dan isu sekarang bekalan tak cukup tapi dengan teknologi baharu saya rasa masa depan harumanis sangat cerah," katanya.