MyCARE, Econsave teruskan misi bantu mangsa gempa bumi

Iklan
Mas Imran (empat dari kiri), Rozi (lima dari kiri) dan Hashim (lima dari kanan) menyerahkan 'food pack' kepada anak yatim dan warga emas pada majlis Peringatan Maulid Nabi Besar Muhammad SAW di Masjid Besar Jam'yiyatul Qudsiyyah Kecamatan di Pringgasela, Lombok Timur, Lombok Timor, Indonesia pada Khamis.

LOMBOK - Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Johor meneruskan misi kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi dan tsunami kecil di Lombok dekat sini pada 2018 dengan memberi bantuan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abd Ghani berkata, pihaknya yang mendapat kerjasama Pasar Raya Econsave menyerahkan sumbangan terbaharu pada Khamis bagi meringankan beban mangsa selepas terkesan dengan kejadian tersebut yang mengakibatkan ratusan nyawa hilang dan harta benda musnah.

Iklan
Iklan

"Pada hari ini kita meneruskan kerjasama strategik MyCARE dan Econsave dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan serantau dengan menyerahkan 5,000 naskah al-Quran kepada 50 Taman Pendidikan Al-Quran atau pusat tahfiz.

"Selain itu, kita turut memberi sumbangan 'food pack' kepada 100 warga emas miskin dan 150 anak yatim miskin sekitar Lombok," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis Peringatan Maulid Nabi Besar Muhammad SAW di Masjid Besar Jam'yiyatul Qudsiyyah Kecamatan di Pringgasela, Lombok Timur di sini pada Khamis.

Turut hadir, Pengurus Besar Pasar Raya Econsave, Mas Imran Adam; Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang dan Presiden Kelab Majestic Motor Group (MG), Zulkarnain Isahak.

Iklan

Turut serta ahli-ahli Kelab Majestic MG selain media cetak dan elektronik daripada Sinar Harian, TV Al Hijrah, Harian Metro serta Utusan Malaysia.

Seramai 17 peserta terlibat dalam Misi Bantuan Pasca Gempa Bumi Lombok itu bermula dari 27 sehingga 30 September ini.

Misi bantuan tersebut merupakan yang keempat selepas bantuan disampaikan pada 2018 dan dua kali semasa 2019.

Mengulas lanjut, Rozi yang juga Ketua Misi Kemanusiaan ke Lombok berkata, perkara ketiga yang dilakukan dalam bantuan kemanusiaan kali ini adalah aktivit membantu psikologi anak-anak yatim diketuai kaunselor dari Kementerian Pendidikan (KPM).

"Sasaran kita adalah menyantuni 150 anak-anak yatim dengan pelbagai aktiviti dan hadiah sebagai sokongan emosi dinamakan aktiviti psikososial," katanya.

Selain itu katanya, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas turut menyumbangkan 50 Al-Quraan Wakaf Maqdis dan Noble terjemahan Bahasa Inggeris untuk Pusat tahfiz.

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi bantuan diberikan pihak MyCARE dan Econsave sebelum ini adalah dengan melancarkan kempen-kempen kutipan dana semua cawangan Econsave seluruh negara seluruh negara.

"Terdapat beberapa projek yang telah dibina dilancarkan dan hasilnya berjaya membantu mengembalikan kehidupan mangsa dan membina semula Lombok selepas bencana.

"Antara projek yang dimaksudkan ialah bantuan bungkusan makanan; projek air bersih; pembinaan rumah senyum atau rumah sementara; bantuan pendidikan; membina semula masjid-masjid dan membantu rumah anak-anak kurang upaya," ujar beliau.