Rosakkan rumah jiran kerana ditinggal kekasih

Iklan
Rakaman memaparkan perbuatan MAP turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

PASURUAN - Gara-gara ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki di Indonesia mengamuk lalu melampiaskan kemarahan dengan merosakkan rumah beberapa jirannya.

Gelagat pemuda dikenali MAP, 23, dari Dusun Sumberingin II, Desa Sumbersuko, Gempol, Kabupaten Pasuruan turut menjadi tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Rakaman video itu menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di atas bumbung rumah dan melemparkan objek ke arah rumah-rumah jirannya ketika kejadian pada Selasa lalu.

"Pada mulanya, MAP keluar dari kediamannya dalam keadaan marah. Ketika sudah berjalan sejauh 100 meter, dia memanjat tembok secara tiba-tiba dan naik ke rumah jirannya sambil membawa batu," ujar jurucakap polis, Saiful Ma'arif.

Iklan

Penduduk sekitar turut memujuk MAP, namun pemuda itu terus membaling batu itu ke rumah sekitarnya sambil tersenyum.

"Dia akhirnya akur untuk turun setelah dipujuk adiknya. MAP kemudiannya dibawa ke balai polis sebelum diserahkan ke hospital mental untuk pemeriksaan lanjut," jelasnya lagi.

Iklan

Akibat perbuatannya, sebanyak empat rumah jirannya mengalami beberapa kerosakan.

Menurut jirannya, MAP dikenali sebagai seorang lelaki yang pendiam dan dia dipercayai bertindak di luar kawalan kerana terlalu kecewa disebabkan putus cinta.

"Bekas kekasihnya mahu berkahwin dengan lelaki lain," katanya. - Agensi