KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.
Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Timbalannya, Datuk Mazlan Mansor.