Apa kemajuan BN bawa di Pelangai?, soal calon Bebas

Iklan
Haslihelmy

BENTONG - Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli mempersoalkan bentuk kemajuan yang dicapai oleh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai selepas lebih 40 tahun Barisan Nasional (BN) menawan kerusi tersebut.

Beliau berkata demikian susulan hujahan seorang penulis yang menggelarkan dirinya sebagai 'anak cili' supaya menolak Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Oktober depan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hujahan terbabit membuatkan dirinya tersenyum seorang diri kerana BN bukan baharu menang di Pelangai sebaliknya ia adalah kerusi tradisi parti tersebut dan pernah diwakili menteri besar paling lama dalam sejarah.

*Benar kedudukan kerajaan negeri tidak berubah, jadi rakyat wajar atau perlu memberi peluang kepada calon Bebas untuk membawa suara rakyat di DUN

Iklan

*Apa pembangunan dinikmati rakyat Pelangai? Berapa stesen minyak ada di Pelangai? Berapa mesin ATM dan CDM ada di Pelangai? Terbelakah generasi kedua Felda di 3 tanah rancangan di Pelangai?

*Adakah BN benar-benar mempunyai hala tuju yang jelas dalam memberikan khidmat masyarakat kepada penduduk di DUN Pelangai?

Iklan

Tepuk dada tanya selera. Pelbagai isu masih membelenggu penduduk yang tidak selesai sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) berkata, lebih 40 tahun BN menang di Pelangai dan tidak seharusnya bercakap tentang empat tahun akan datang.

"Kita fikir apa kita dapat lebih 40 tahun lalu. Saya ikhlas menawarkan diri bagi memberikan pilihan kepada pengundi di Pelangai.

"Kita bercakap soal pembangunan, masa depan rakyat Pelangai yang masih sedemikian rupa keadaannya dulu, kini selamanya," katanya.

Haslihelmy menegaskan pembangunan di Pelangai masih kekal dan tidak diubah pembangunan serta akhirnya rakyat menerima kesannya.