Op HUU: 6,510 saman dikeluarkan PDRM

Iklan
PDRM mengeluarkan 6,510 saman kepada pesalah lalu lintas semasa Operasi Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 6,510 saman kepada pesalah lalu lintas semasa Operasi Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan melakukan halangan lalu lintas masih mencatat jumlah kesalahan paling banyak iaitu 5,190 saman dan diikuti dengan lain-lain kesalahan (1,005 saman).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebanyak 157 saman dikeluarkan kepada warga tempatan yang tidak mempunyai lesen memandu, sementara lapan saman ke atas warga asing bagi kesalahan sama.

"Sebanyak 35 saman dikenakan ke atas kenderaan yang diletakkan di laluan pejalan kaki atau garisan putih," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, sebanyak 38 saman dikeluarkan pihak polis melibatkan kegagalan pemandu mematuhi lampu isyarat merah.

Seorang anggota trafik PDRM mengenakan saman kepada pesalah lalu lintas semasa Op HUU di sekitar ibu kota pada Khamis.

Selain itu menurutnya, saman juga dikenakan ke atas kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran kabur atau fancy sebanyak 77 saman dan berhenti di petak kuning.

Iklan

Ujarnya, tiada saman dikeluarkan melibatkan kesalahan berhenti di petak kuning.

"Bagi tindakan sitaan, sebanyak 16 buah motosikal dikenakan tindakan tegas tersebut selain polis turut menahan 11 individu dalam operasi semalam," ujarnya.

Menurutnya, sebanyak 22 operasi dilaksanakan pada Khamis termasuk tumpuan kepada kesalahan parkir haram dan Op Perdagangan.