MALAYAN Banking Bhd (Maybank) pada Jumaat memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.
"Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran DuitNow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini," katanya dalam satu kenyataan.