Deretan 15 rumah kedai musnah dalam kebakaran

Iklan
Sebanyak 15 deretan rumah kedai di Kampung Sungai Korok, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. - Foto JBPM

JITRA - Sebanyak 15 deretan rumah kedai di Kampung Sungai Korok, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.25 pagi dan sepasukan anggotanya seramai 10 orang dari BBP Jitra tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

"Sebaik tiba api sedang marak dan kerja pemadaman dilakukan.

Iklan

"Operasi pemadaman turut dibantu 60 anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ayer Hitam, Tunjang, Kilang Tebu, Simpang Empat, Padang Sera, Kundur, Kuala Kedah, Kampung Berjaya, Kota Sarang Semut, Mergong dan Kodiang.

"Api berjaya dikawal pada jam 3.20 pagi dan dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan ketika ini.

Iklan

"Anggaran keseluruhan kawasan yang terbakar adalah 70 peratus," katanya ketika dihubungi Awani.

Mohd Bustan berkata, punca serta kerugian masih dalam siasatan.- Awani