Hantaran menghasut: Polis Sarawak kesan pemilik akaun FB

Iklan
Gambar hiasan.

KUCHING - Polis Sarawak sedang mengesan pemilik akaun media sosial Facebook yang mengeluarkan hantaran berunsur hasutan serta berpotensi membakar sentimen perkauman di negeri itu pada 23 September lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya telah menerima laporan tentang hantaran yang dibuat akaun dengan nama"Engkecong Kampung" itu pada 26 September.

Iklan
Iklan

"Pada 23 September, pemilik akaun terbabit telah membuat hantaran dengan mesej seruan berunsur hasutan.

"Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Mancha menasihati masyarakat untuk menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengganggu keamanan masyarakat berbilang kaum.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat untuk cuba memecahkan perpaduan rakyat kita yang berbilang bangsa,” katanya. - Bernama

Iklan