TikTok Shop terus membina ekonomi e-dagang negara

Iklan

Membawa kepada gelombang beli-belah baharu untuk membangunkan pertumbuhan PKS tempatan

TikTok Shop merupakan sebuah platform e-dagang bagi jenama, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), pencipta kandungan dan usahawan TikTok untuk mempamer serta menjual produk melalui video, TikTok LIVE dan tab pameran.

Iklan
Iklan

Oleh itu, TikTok Shop meneruskan komitmennya untuk membina ekonomi negara dengan menyediakan 100 kali ganda subsidi untuk pemasaran dan promosi untuk penjual pada penggal keempat 2023.

Pengumuman ini dibuat pada Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023 yang julung kali diadakan di Bangsar South, Kuala Lumpur, untuk meraikan dan memperkasakan penjual, pencipta dan jenamanya yang telah memilih untuk berkongsi produk mereka dan kreativiti di TikTok Shop.

Iklan

Sidang kemuncak sehari itu merupakan satu pengiktirafan tanda TikTok Shop dalam ruang e-dagang sejak 2022, seterusnya membawa kepada gelombang beli-belah baharu untuk membangunkan pertumbuhan PKS kepada meningkatkan kedudukan ekonomi negara.

TikTok Shop telah memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang kepada usahawan, terutamanya perniagaan tempatan untuk mencipta kehadiran digital dan menyatakan kreativiti mereka dalam memasarkan produk mereka melalui Shoppertainment.

Iklan

Pengarah Kategori FMCG TikTok Shop Malaysia, Wilson Leong, berkata Sidang Kemuncak TikTok Shop adalah tanda pengiktirafan kepada mereka yang terlibat seterusnya sebagai usaha membangunkan pertumbuhan PKS seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Justeru, beliau berharap untuk melihat lebih banyak perniagaan mencapai kejayaan menerusi TikTok Shop.

"Sidang Kemuncak TikTok Shop adalah kemuncak semua kerja keras yang telah dilakukan oleh penjual dan pencipta kami untuk mencari rezeki sambil membina nama untuk diri mereka sendiri di TikTok Shop, terutamanya dalam gelombang beli-belah baharu ini yang menyatukan perdagangan, kreativiti dan kandungan.

"Saya gembira mendapat maklum balas daripada penjual yang telah mengembangkan perniagaan mereka dengan TikTok Shop dan dengan itu dapat juga memberi impak positif kepada orang lain melalui penglibatan mereka dengan platform kami," katanya.

Kuasa TikTok Shop lonjakkan jual Sambal Nyet Berapi

Khairul Aming menerima Anugerah Ikon Inspirasi atas kejayaan jenama tempatan yang luar biasa Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023.

Kehebatan platform TikTok Shop dalam membantu promosi dan jualan pelbagai produk telah dibuktikan dengan lahirnya ramai usahawan dalam talian aplikasi itu dan kesinambungannya makin meningkat.

Salah seorang individu yang prolifik di platform TikTok Shop adalah pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Khairul Aming Kamarulzaman yang berkongsi berjaya menjana hasil purata jualan mencecah hampir RM200,000 dalam masa kira-kira sejam semasa sesi TikTok LIVE.

Anak kelahiran Kelantan itu mengakui platform TikTok Shop kini mampu melonjakkan hasil jualan produknya berlipat kali ganda.

Lebih memberangsangkan, beliau yang juga pengasas produk Sambal Nyet Berapi berkata, data menunjukkan sebanyak 76 peratus jualan produknya adalah hasil daripada pembelian ketika sesi TikTok LIVE menunjukan potensi dan peluang TikTok LIVE yang sangat positif.

"Biasanya kalau kita menjual, kita kena bawa pelanggan ke video kita, jadi ada jurang yang membuatkan kita hilang trafik (potensi pelanggan).

"Tapi dengan TikTok Shop, platform jualan dimasukkan sekali dalam aplikasi jadi apabila orang melihat video dan proses jual beli berlaku secara semula jadi.

"Satu lagi menerusi TikTok LIVE, ia banyak membantu saya mendapatkan pelanggan-pelanggan baharu," katanya ditemui selepas TikTok Shop Summit 2023 di Bangsar South, pada Khamis lepas.

Pada acara itu, Khairul Aming menerima Anugerah Ikon Inspirasi atas kejayaan jenama tempatan yang luar biasa.

Khairul Aming yang kini dalam perancangan mengeluarkan produk kedua, menyifatkan perkembangan hasil jualan yang diperoleh menerusi sesi TikTok LIVE sebagai pencapaian ketara yang wajar dimanfaatkan.

Kini, beliau menjadikan jualan menerusi sesi TikTok LIVE sebagai penanda aras dan menetapkan jumlah sasaran jualan antara 5,000 hingga 7,000 botol memandangkan potensi pasaran telah beralih kepada kaedah tersebut.

"Namun sebagai penjual yang kini hanya mempunyai satu produk, saya tidak boleh sekadar menjual produk, penonton akan bosan. Jadi saya mengambil pendekatan berbeza, berinteraksi dengan pengguna TikTok ketika sesi TikTok LIVE seperti membuat perkongsian ilmu bagaimana untuk menjadi usahawan muda.

"Tapi dalam masa sama, saya akan ingatkan penonton sekali sekala mungkin setiap lima minit untuk membeli Sambal Nyet di Beg Beli-belah Kuning.

"Saya juga memaparkan skrin kecil di belakang menunjukkan berapa banyak sambal yang sedang terjual dan membuat 'count down' bersama-sama penonton. Jadi kita dapat kekalkan perhatian mereka dan mereka juga dapat belajar sesuatu daripada saya," katanya.

Nilai terbaik pada 'Beg Beli-belah Kuning'

Proses membuat keputusan dan menterjemahkan minat terhadap sesuatu produk itu menjadi lebih pantas dengan kewujudan 'Beg Beli-belah Kuning' menerusi platform TikTok Shop.

Ini kerana strategi untuk menukar penemuan dan minat kepada tindakan serta ditambah pula dengan cara membuat pembelian yang mudah (tanpa perlu banyak klik) telah menggalakkan komuniti dalam TikTok Shop menyempurnakan hajat membeli mereka pada kadar yang tinggi tanpaperlukeuar dari aplikasi tersebut.

Daripada penglibatan awal pelanggan kepada pembelian akhir dan penghantaran produk, TikTok Shop menyediakan pengalaman membeli-belah dalam aplikasi yang lancar tanpa perlu pelanggan keluar daripada aplikasi tersebut.

Dengan mengurangkan proses klik dalam urusan pembelian, TikTok Shop membantu pemilik-pemilik jenama menukar minat pelanggan untuk membeli.

Perkara itu diakui oleh pencipta kandungan, Huda Ahmad yang menyifatkan kepekaan TikTok Shop dalam memudahkan urusan pembelian dengan mewujudkan fungsi istimewa Beg Beli-belah Kuning pada aplikasi berkenaan merupakan kunci penting mesra penjual dan penguna yang membantu merancakkan potensi jualan.

Huda yang menggunakan Tulippetals dinobatkan sebagai Pencipta Persembahan Terbaik bagi kategori affiliate sempena Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023.

Huda yang mula bergiat aktif sebagai agen (affiliate) di TikTok Shop menggunakan nama Tulippetals sejak Jun tahun lalu, juga berkata TikTok LIVE juga memberi manfaat yang maksima kepada peniaga dan pelanggan.

Ini kerana ujar beliau, TikTok Shop dan TikTok LIVE adalah medium pemasaran serta jualan dua hala yang menemukan penjual dan pembeli secara langsung. Mereka boleh komunikasi secara terus ketika sesi TikTok LIVE di mana penjual berupaya mempromosikan produk mereka secara maksimum, manakala pembeli pula boleh mengajukan pertanyaan pada masa sebenar melalui kemudahan chatting.

"Apabila ada video tentang satu-satu produk dan ada 'Beg Beli-belah Kuning', pelanggan boleh membuat keputusan yang cepat untuk membelinya sekiranya mereka memerlukan.

"Ia membuatkan pengguna rasa lebih dekat dan proses membeli menjadi lebih mudah.

"Begitu juga apabila menjalankan sesi TikTok LIVE, saya dapat berinteraksi terus dengan penonton dan jawab setiap persoalan dengan cepat. Jadi penonton boleh terus beli jika memenuhi apa yang dia nak," katanya.

Dalam pada itu, Huda berkata pelbagai insentif melalui pertandingan dan kempen yang dianjurkan jenama juga memberi galakan kepada peniaga affiliate.

"Jadi yang mahu sertai TikTok Shop perlu tahu wujudnya kempen-kempen yang memberi peluang penjual menerima manfaat," katanya.

Tulippetals dinobatkan sebagai Pencipta Persembahan Terbaik bagi kategori affiliate sempena Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023 yang menjadi pencapaian terbesar buat dirinya setakat ini.

TikTok Shop mampu bantu pertingkatkan jenama dan menjana pendapatan usahawan

Platform TikTok Shop telah berjaya membantu ramai usahawan di negara ini menjana jualan dan menaikkan tahap kepercayaan pembeli terhadap sesuatu jenama.

Ketua Pegawai Operasi (COO) merangkap Pembantu Pengasas Zucca, Yap Minton berkata, lebih 20,000 helai pakaian terjual dalam satu sesi TikTok LIVE sempena kempen 3.3 yang dilaksanakannya pada 3 Mac lalu.

Menurutnya, ia merupakan satu pencapaian tertinggi yang pernah direkodkan sepanjang syarikat berkenaan menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan barangan pakaian.

"TikTok Shop ini unik dan berbeza berbanding platform lain kerana selain menyediakan video berbentuk hiburan kepada pelayar, mereka turut boleh menjana pendapatan secara mudah."

"Sebagai contoh, melalui sesi TikTok LIVE, hos dapat berhubung terus dengan para pembeli yang mahu bantuan dari segi pemilihan saiz pakaian, warna dan pelbagai masalah lain."

"Ini memudahkan kedua-dua pihak sama ada penjual dan juga pembeli kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan maklum balas," katanya.

Tambah Yap, jualan diperolehi syarikat berkenaan kekal konsisten sehingga kini yang membuktikan bahawa TikTok Shop merupakan suatu platform yang baik bagi penjual dan jenama untuk mencapai pelanggan baharu serta mempertingkatkan pemasaran sesuatu jenama itu.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengembangkan perniagaan anda dengan TikTok Shop dan bagaimana Shoppertainment merevolusikan perusahaan tempatan.

Jika anda ingin belajar startegi untuk memajukan lagi perniagaan anda di di TikTok Shop, sila KLIK. Tapi sebelum ini anda perlulah mendaftarkan peniagaan anda di TikTok Shop dengan klik DI SINI.