'Task Force' bantu disiplin pelajar

Iklan
Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan JPN Perak bersama PDRM 2019 diadakan dua kali setahun untuk membantu pelajar-pelajar sekolah.

IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan berkolaborasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan jawatankuasa kecil ‘task force’ bagi menangani masalah jenayah dan disiplin pelajar di negeri ini.

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak, Mat Jaafar Mat Zin berkata, task force yang akan dibentuk itu akan mengenal pasti permasalahan pelajar dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kewujudan jawatankuasa itu bermatlamat bagi menghasilkan pelajar cemerlang sekali gus menjadi aset negara.

"Polis ada pendekatannya dan kita pun mempunyai cara kita sendiri jadi, kita mahu gabungkan pendekatan ini unuk membentuk suatu sinergi bagi membantu kecemerlangan pelajar.

Iklan

"Matlamat kita itu bukan untuk menghukum pelajar-pelajar ini tetapi membina semula jati diri mereka. Setiap murid ada kelebihan dengan kecemerlangan yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan JPN Perak bersama PDRM 2019 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini hari ini.

Iklan

Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan JPN Perak bersama PDRM 2019 diadakan dua kali setahun untuk membantu pelajar-pelajar sekolah.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham dan Timbalannya, Asisten Komisioner Ng Kong Soon.

Sementara itu, Mohamad berkata, kadar jenayah melibatkan pelajar menunjukkan penurunan dua kes atau 1.27 peratus iaitu 155 kes pada 2018 berbanding 157 kes pada tahun 2017.

"Kes-kes yang dilaporkan ini lebih kepada kes buli, mendatangkan kecederaan dan sebagainya.

"Penglibatan mereka dalam jenayah serius adalah terpencil namun, tindakan harus diambil agar mereka bebas daripada perbuatan jenayah, dadah dan mat rempit,” katanya.